Assamualaikum, salam sejahtera.

Ct3-fansubs?

Perkataan Ct3 ialah dari perkataan CTE (Climax Till End). Ia diinspirasikan oleh dialog watak Momotaros dari Kamen Rider Den-O (俺は最初から(最後まで)クライマックスだぜ! - Ore wa saishokara (saigomade) CLIMAX da ze! – Aku berada di di klimaks dari awal sehingga ke akhirnya!)


Staf Ct3-fansubs?

Staf kami kebiasaannya datang dan pergi mengikut kesibukan kehidupan mereka, jadi kami tidak mampu untuk memberikan kesemua nama mereka yang pernah membantu kami dalam memperjuangkan sarikata Bahasa Malaysia ini.


Projek-projek Ct3-fansubs?

Ct3-fansubs ditubuhkan dengan tujuan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia, terutama sekali bagi rancangan yang berunsurkan tokusatsu (Kamen Rider / Super Sentai) dan anime yang memfokuskan tema adiwira (hero). Namun begitu, kami juga mensarikatakan anime bergenre horror seperti Shiki untuk memperkenalkan masyarakat Malaysia khususnya kepada anime-anime estetik lain.


Tolong sarikatakan siri X?

Kami sentiasa terbuka untuk menerima pendapat dan cadangan anda, tapi kalau boleh janganlah mengharap sangat.


Bila episod X nak keluar?

Pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan setiap episod dalam tempoh 2 minggu selepas ia ditayangkan di Jepun, namun polisi ini juga bergantung dengan masa lapang para staf kami.


Saya ada aduan/ancaman/cadangan untuk Ct3-fansubs.

Sila hantarkannya ke ct3fansubs@gmail.com. Dan jika anda risau alamat email anda terbongkar, sila tuliskan komen di mana-mana post kami (kami tidak akan siarkan komen mahupun nickname anda)


Adakah Ct3-fansubs mendapat bayaran?

Tidak, kami mendapat RM0.00 untuk setiap sarikata yang kami keluarkan - dan tidak, keuntungan yang kami dapat untuk meletakkan iklan di laman kami juga tidak pernah cukup untuk menampung sewa domain dan web hosting kami. Founder memperbaharui domain dan web hosting ini menggunakan duit poketnya setiap tahun.


Kenapa tubuhkan fansubs? Apakah kelebihannya?

Dalam konteks yang mudah, fansub ini ialah medium perkembangan kendiri bagi staf Ct3-fansubs (positif/negatif), dan sebagai hobi yang dilakukan pada waktu lapang - khas untuk tontonan para peminat Kamen Rider khususnya. Kami tidak mengejar populariti individu, sebaliknya cuba menaikkan nama Ct3-fansubs sebagai jenama fansub Bahasa Malaysia di mata dunia.


Boleh saya/kami uploadkan keluaran Ct3-fansubs ke laman lain?

Kami menggalakkan anda untuk TIDAK memuatnaik (upload) keluaran kami ke laman-laman video streaming seperti Youtube. Dengan memuatnaikkan ke laman berbentuk begitu, ini secara tidak langsung mendedahkan aktiviti pensarikataan kami ke syarikat-syarikat yang memegang hak cipta keluaran tersebut. Kami boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Namun begitu, pihak kami ada memberi kelonggaran kepada laman sesawang amixstream untuk meletakkan video kami (untuk menjadikan amixstream hub kepada anime/drama bersarikata/dialihbahasa dalam Bahasa Malaysia)