Build 31 - Letusan Magma!

Fri Apr 20 2018 10:46:17 GMT+0800 (Malaysia Time)
Build 31 - Letusan Magma! Cover Image

Kazumi dan Banjou turut menyertai Sento dalam misi untuk mendapatkan semula Kotak Pandora. Setelah berjaya memasuki Menara Pandora tanpa disengajai, mereka berdepan dengan Engine Bros, Remocon Bros, Kamen Rider Rogue dan Blood Stalk!


Mari, kita mulakan eksperimen!

STAF Penterjemah/encode: silentwalker92 FX: henshin Editor: VACANT Pakar rujuk istilah sains/fizik: VACANT Distro/Uploader: VACANT --- Kami masih mencari editor, pakar rujuk istilah sains/fizik dan distro. Hubungi kami melalui email (ct3fansubs@gmail.com) atau PM di laman facebook kami jika berminat.

MUAT TURUN SD | HD

LOG PERUBAHAN -

TRIVIA - Untuk perubahan Cross-Z Magma, Driver tersebut mengeluarkan perkataan GOKUNETSU KINNIKU (極熱筋肉). Jika dipisahkan, GOKU(極)NETSU(熱) membawa maksud SANGAT PANAS, dan KINNIKU(筋肉) membawa maksud otot. Jika digabungkan, ia tak membawa maksud OTOT PANAS, tapi lebih kepada metafora panas yang “berotot”, atau dengan perumpamaan lain - “SANGAT PANAS!“. Untuk terjemahan kami, kami sertakan sekali istilah yang kebiasaannya merujuk kepada binaan otot iaitu “Kekar”. Dalam konteks anyaman, ia membawa maksud susunan rapi - namun dalam konteks tubuh, ia membawa maksud tegap dan kuat.

Kerana itulah, dalam perubahan Cross-Z Magma, kami gunakan “BAHANG KEKAR”.