Build 09 - Perangkap Projek Build
Sento dan yang lain akhirnya mengakses data yang disembunyikan oleh Takumi Katsuragi… Yang menunjukkan beliau juga ialah pencipta dan pengasas Sistem Rider, dan memberi perbentangan ringkas tentang Kamen Rider Build. Adakah penemuan ini mengubah perspektif mereka tentang “Saintis Iblis” tersebut?
Mari, kita mulakan eksperimen!
STAF Penterjemah/encode: silentwalker92 FX: henshin Editor: VACANT Pakar rujuk istilah sains/fizik: VACANT Distro/Uploader: VACANT --- Kami masih mencari editor, pakar rujuk istilah sains/fizik dan distro. Hubungi kami melalui email (ct3fansubs@gmail.com) atau PM di laman facebook kami jika berminat.
LOG PERUBAHAN -
INFO/TRIVIA
- Tuan cafe menjelaskan nama Sento berasal dari gabungan dua karakter kanji. “Sen” (戦) daripada “Sensha” (戦車) dan “To” daripada “Usagi” (兎). Bahagian “Usagi” mungkin mengelirukan penonton diluar Jepun… Tapi karakter kanji tersebut juga boleh dibaca sebagai “To”.
- Penggunaan terjemahan “Surai” sewaktu perubahan LionCleaner merujuk kepada “Tategami” (鬣), bahagian rambut yang ada pada haiwan (Cth: Singa, kuda). Dalam Bahasa Inggeris, ia dinamakan “Mane”… Namun Bahasa Malaysia kurang menggunakan perkataan “surai” khas untuk bahagian tersebut.