Kamen Rider Ghost 02 - Renjatan Inspirasi! Raja Reka Cipta!

Wed Oct 21 2015 00:15:57 GMT+0800 (Malaysia Time)
Kamen Rider Ghost 02 - Renjatan Inspirasi! Raja Reka Cipta! Cover Image

Pendeta memberi petunjuk kepada Takeru yang Eyecon Thomas Edison akan muncul dalam masa yang terdekat. Pada masa yang sama, Encik Sonoda, seorang saintis/pereka telah dimanipulasi Ganma untuk mencipta sebuah mesin teleportasi. Apakah kaitan Encik Sonoda dengan Edison sehingga beliau mampu menjana kewujudan Eyecon Edison?


NOTA HANTU

BOLA OPTIK Over-Time menggunakan terjemahan “Optic Orb” dalam episod ini - dan kami hanya gunakan “Bola Optik”. Namun begitu, perkataan tersebut sebenarnya agak menarik.

Omedama (大目玉) - Bola Optik.

O (大) - Besar Me (目) - Mata Dama (玉) - Bola

Dari segi bahasa, ia bermaksud Biji/Bola Mata Gergasi… Tapi kami tak sanggup nak rosakkan mood orang yang melihat Kamen Rider ^_^.

Kami juga mendapati keseluruhan perkataan Omedama (大目玉) juga memberi terjemahan ”Dickens” (Bahasa Inggeris) yang bermaksud ”Kejahatan/Syaitan/Iblis“.

Inspirasi!

Dalam episod ini, perkataan Hirameita! (閃いた) dan Hirameki! (閃き) sering digunakan. Dalam penterjemahan Bahasa Inggeris, ia mudah untuk menggunakan “Eureka!” kerana ia sudah jadi praktikal dalam konteks Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Malaysia… saya kurang pasti jika ada perkataan yang boleh menggambarkan konteks tersebut kecuali “Inspirasi!” dan “Saya ada idea yang bernas!“. Mungkin ada beberapa bahagian dalam episod ini yang terjemahannya kurang sesuai namun itu apa yang kami berjaya hidangkan untuk anda semua.


MUAT TURUN!

Torrent 480p | 720p DDL 480 [ 1gbpsbox | clicknupload | upfile | uptobox | usercloud | filerev | vidzi ]

DLL 720 [ 1gbpsbox | clicknupload | upfile | uptobox | usercloud | vidzi | Gdrive ]

Kami hanya akan sediakan link torrent SAHAJA bermula episod ini. Harap maklum.

link DDL ikhsan seorang supporter kami di facebook :)

Kami masih lagi memerlukan Editor, QC, Distro (Distributor).

Hubungi kami di laman facebook Ct3 untuk maklumat lanjut tentang peluang pekerjaan tersebut. :)