Gundam 00 ep6 - Tujuh Pedang

Sat Apr 19 2014 17:00:49 GMT+0800 (Malaysia Time)
Gundam 00 ep6 - Tujuh Pedang Cover Image

Peperangan semakin berkurang, namun ia bukannya perkara yang menguntungkan semua pihak. Moralia, sebuah negara yang meniagakan teknologi dan tenaga pakar ketenteraan berada dalam keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kerana jumlah persengketaan global yang semakin merundum. Dalam menangani masalah tersebut, mereka bercadang untuk terus mencabar Celestial Being.

PMC Trust, syarikat yang beroperasi di Moralia juga menugaskan seseorang untuk menangkap Gundam - dan insan tersebut ialah seseorang yang pernah Setsuna kenali suatu masa dulu…

Pautan