Rela? Atau Paksa Rela?

Mon Mar 05 2012 02:49:47 GMT+0800 (Malaysia Time)

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Apa yang saya bakal nukil ini mungkin menyinggung sesetengah pihak. Sila menerima teguran ini dengan fikiran yang terbuka.

Kumpulan Ct3-fansubs dan semua keluaran Ct3-fansubs dikeluarkan secara percuma, jadi jangan demanding. Semua urusan re-uploading broken links juga kami jalankan dalam jadual yang padat, dan mengambil masa yang lama. Setiap hari, admin cuba peruntukkan 5-8 episod untuk di-reupload semula, dengan saiz fail lebih kurang 1GB - jadi jangan terlalu mendesak.

Dalam tempoh 3 tahun, mustahil Ct3-fansubs tak mendapat pulangan semula dengan ads (iklan) kan? Jangan tipu kamiā€¦ Jumlah duit pulangan hasil iklan nuffnang kami sehingga kini hanya RM1.25. Kami sertakan sekali jumlah pelawat yang melawat laman Ct3 sepanjang minggu lepas.

Kami hanya mendapat purata jumlah 800-900 pelawat sebulan dan nilai tersebut tidaklah setinggi yang anda sangkakan. Ada lebih banyak laman blog tempatan lain yang mendapat jumlah pelawat jauh lebih banyak daripada Ct3, dan mendapat pulangan yang lebih lumayan hasil promosi iklan. Adakah pulangan RM1.25 itu berbaloi dengan tempoh 3 tahun kami bermandi peluh dan menggadaikan masa untuk fansubbing? Tidak sama sekali. Yang meneruskan fansub ini hanyalah semangat juang dan komitmen kendiri untuk memudahkan rakyat Malaysia menonton siri Kamen Rider dengan sarikata Bahasa Malaysia.

Fansubbing ialah pekerjaan bergaji. Tidak, kami langsung tidak menerima bayaran satu sen pun atas keluaran kami.

Seperti TvNihon dan Overtime, kami yakin Ct3 mempunyai ramai Staf. Tidak sama sekali, bilangan ahli kami yang aktif hanya 2 orang. Mantan staf yang lain kini bersara dari arena pensarikataan kerana sudah sibuk dengan komitmen masing-masing. Kami juga pernah menerima staf yang hanya aktif untuk beberapa episod sebelum menyedari yang mereka kurang komitmen untuk tugas mencabar ini. Walau apa pun, kami berterima kasih atas kesudian mereka membantu kami untuk beberapa episod tersebut.

Internet staf Ct3-fansubs sudah tentu sangat laju. Tidak, buat masa sekarang admin hanya menggunakan pakej streamyx 512kbps. Jika anda ingin memaksa admin untuk menukar kepada pakej lain, sila rujuk luahan #2.

Kami banyak membantu Ct3 dengan memberi maklumbalasā€¦ Tak cukupkah? Kami menghargai maklumbalas anda, tapi jika termampu - sila pastikan maklumbalas anda berasas dan tepat pada masanya. Menerima terlalu banyak maklumbalas yang terlalu demanding membunuh komitmen kami untuk meneruskan pensarikataan. Sebagai contoh, seorang pengguna bernama AXL kini rajin memberi makluman tentang broken links kami. Kami percaya, niat beliau tidak lain tidak bukan ialah untuk memaklumkan kami tentang perkara tersebut. Tapi apabila beliau meletakkan beberapa post tentang makluman tersebut dengan banyak di ruangan Shoutbox, ia menjadi suatu paksaan dan bersifat demanding. Kerana itulah kami membuka ruangan komen di Page DLL, supaya makluman broken links ini mudah diurus dan tepat pada tempatnya.

Kami membantu Ct3 dengan meletakkan downloads link tersebut di blog kami. Kami tidak menggalakkan user copy-paste kesemua link kami dan meletakkannya di blog peribadi atas sebab luahan #2 dan #3. Kalau termampu sila sertakan link ke laman kami.

Saya membuka topik Kamen Rider sarikata BM di forum XXX. Kami ucapkan terima kasih kerana menyebarkan berita tersebut. Namun begitu, kebanyakkan insan yang melakukan perbuatan ini tidak meletakkan kredit atas fansubber asal dan cuba mengambil nama keluaran ini untuk dirinya sendiri. Kami percaya ini ialah satu tindakan yang kurang bermoral.