Fourze 17 - Kemunculan Meteorit

Mon Feb 06 2012 15:22:35 GMT+0800 (Malaysia Time)

Semua ahli Kelab Kamen Rider masih lagi bersyukur dengan kemunculan Kamen Rider hitam yang membantu Gentarou menentang Zodiarts Perseus sebelum ini. Pada masa yang sama, seorang pelajar bernama Sakuta Ryusei telah mengikut program pertukaran pelajar ke Sekolah Tinggi Amanogawa.

MediaFire ( 001 | 002 | 003 ) | Wupload ( 001 | 002 | 003 ) | Fourze DLL Thread

SUDUT FOURZENOMI

Jika anda tak sedia maklum, raksasa dalam siri Kamen Rider Fourze bermotifkan buruj (susunan bintang). Atas sebab itu, pihak kami terasa bertanggungjawab untuk menyediakan beberapa maklumat asas tentang buruj yang ditampilkan dalam setiap episod.

Buruj hemisfera utara yang berhampiran dengan Ursa Major. Bintangnya tidak kelihatan cerah, dan kerana itu nama “Lynx” diberikan kepada buruj ini. Perkataan “Lynx” berasal dari genus seekor kucing - memberi klu yang barangsiapa mampu mengenalpasti buruj ini pasti mempunyai mata sebaik mata seekor kucing.