Fourze 07 - Si Raja Zalim

Wed Oct 19 2011 23:33:13 GMT+0800 (Malaysia Time)
Fourze 07 - Si Raja Zalim Cover Image

Hubungan antara Shun dan Miu semakin renggang selepas Miu menyertai Kelab Kamen Rider. Dalam masa yang sama, Gentarou, Yuki dan Kengo terpaksa menyertai satu kelas khas pada hari Ahad di sekolah. Multiupload | Mediafire (001 | 002 | 003 ) | Skrip | Fourze DLL Thread

SUDUT FOURZENOMI

Jika anda tak sedia maklum, raksasa dalam siri Kamen Rider Fourze bermotifkan buruj (susunan bintang). Atas sebab itu, pihak kami terasa bertanggungjawab untuk menyediakan beberapa maklumat asas tentang buruj yang ditampilkan dalam setiap episod.

Canis Mahor HOUND (Anjing Besar / Anjing Pemburu)

Buruj kecil hemisfera utara yang berhampiran dengan Orion dan sebahagian daripadanya terletak dalam Bimasakti. Perkataan Canis Major ialah perkataan “Anjing Besar” dalam bahasa Latin. Buruj ini juga berdekatan dengan Buruj Orion (episod 1 dan 2), dan ia biasa dikaitkan sebagai anjing pemburu yang mengikut Orion pergi memburu.

Di dalam bahasa Jepun, buruj ini disebut sebagai 猟犬座 (Ryoukenza), yang bermaksud Buruj Anjing Pemburu (Hound Constellation). Atas sebab itu, Zodiarts kali ini dipanggil Zodiarts Hound, dan bukannya Zodiarts Canis Major.

 

TRIVIA

Kami akan menerangkan kenapa Gentarou membaca “Istabul” sebagai “Lubuntasui”.

Tulisan Katakana bagi Istanbul - イスタンブル (I.SU.TA.N.BU.RU)

Dan apabila ia diterbalikkan… ルブンタスイ (RU.BU.N.TA.SU.I)