Fourze 01 - Pertukaran Keremajaan

Fri Sep 09 2011 14:07:41 GMT+0800 (Malaysia Time)
Fourze 01 - Pertukaran Keremajaan Cover Image

Seorang pelajar baru, Kisaragi Gentarou telah berpindah masuk ke Sekolah Tinggi Amanogawa, dengan impian untuk berkawan dengan semua orang di sekolah tersebut.

Mediafire ( 001 | 002 | 003 ) | Fourze DLL Thread

 

 

SUDUT FOURZENOMI

Jika anda tak sedia maklum, raksasa dalam siri Kamen Rider Fourze bermotifkan buruj(susunan bintang). Atas sebab itu, pihak kami terasa bertanggungjawab untuk menyediakan beberapa maklumat asas tentang buruj yang ditampilkan dalam setiap episod.

ORION

Orion, namanya dalam Bahasa Inggeris ialah bersempena dengan bentuknya yang menyerupai seorang pemburu yang memegang busur untuk memanah.

Dalam Bahasa Melayu pula, buruj ini dipanggil sebagai Belantik - namun ia dinamakan sedemikian kerana bentuk buruj ini menyerupai Belantik. Belantik ialah sejenis perkakas utk menangkap binatang dan biasanya dibuat daripada tali dan pembidas. Jika binatang tersebut tersentuh tali, tombak, peluru atau jerat akan menembak/memerangkap haiwan buruan.