Projek - Kamen Rider Fourze
Assalamualaikum, salam Ramadhan, salam 1 Malaysia.
Jika anda tak sedia maklum, siri Kamen Rider OOO akan tamat dalam 4 minggu lagi dan siri baru (Kamen Rider Fourze) akan bermula pada 4/9/2011.
Oleh sebab yang demikian, kami ingin memaklumkan para peminat Kamen Rider bahawasanya kami bercadang untuk mensarikatan siri Fourze ini. Untuk itu, kami memerlukan staf bagi memudahkan dan melicinkan proses pensarikataan tersebut. Berikut ialah kekosongan jawatan yang kami perlukan segera.
- Penterjemah (Jap->Bm) (Eng->Bm pun takpa)
- Timer (Yang berpengalaman diutamakan)
- Pengatur huruf (Typesetter) (Seriously, this is the Malay term for typesetter)
- Pembuat Karaoke (Auto4/AFX)
- Distro/Pemuatnaik (Uploader)
Namun begitu, kami juga perlukan QC (Quality Checkers/Pengawal Kualiti) untuk memastikan setiap keluaran berkualiti.
Jika berminat, sila hantarkan maklumat anda ke ct3fansubs@gmail.com. Kami menunggu penyertaan anda ^^.
Assalamualaikum. Selamat mengerjakan ibadah puasa.