[Ct3 & S.N] Gyakuten Saiban 24 (TAMAT)

Wed Mar 01 2017 09:00:38 GMT+0800 (Malaysia Time)
[Ct3 & S.N] Gyakuten Saiban 24 (TAMAT) Cover Image

Penamat bagi siri Gyakuten Saiban - “Kebenaran” itu, saya membantah! Adakah Mayoi akan selamat… ataupun terbunuh di tangan Koroshiya Sazaemon?

ACHIEVEMENT UNLOCKED!

CREDITS Ct3 & S.N Fansubs Penterjemah/FX/OP: h3nshin (Ct3)

Alhamdulillah, akhirnya selesai jgk siri anime Gyakuten Saiban ini.

Pertamanya, terima kasih kepada S.N Fansubs kerana menerima pelawaan kami bagi projek ini. Saya yakin projek ini akan mengambil masa 2 atau 3 kali ganda tanpa bantuan dan pertolongan mereka.

Dari aspek terjemahan, gaya bahasa Gyakuten Saiban sedikit berbeza daripada projek2 Tokusatsu (dan anime) yang kami pernah sarikatakan. Kami perlu mencari dan mempelajari slanga-slanga pembicaraan, di samping menterjemahkan lawak yang sukar untuk dibawa dalam Bahasa Malaysia. Gaya terjemahan projek ini juga berubah mengikut tema/kes yang diusahakan oleh Naruhodo Ryuichi (Adiwira/Sarkas)

Bagi pihak ct3-fansubs, saya harap para peminat game Gyakuten Saiban/Ace Attorney dan anime terhibur dengan keluaran Gyakuten Saiban kami. Insyallah kami akan terus berusaha mengeluarkan pensarikataan BM yang berkualiti untuk semua.

Editor / QC: Neko☆Damashi (S.N)

Ahem, dah siapnya saya mengolah sarikata siri “Gyakuten Saiban/Ace Attorney” episod 24, akhirnya salah satu siri terjemahan bahasa malaysia sudah pun lengkap.

Terima kasih kepada pihak Ct3 fansub, Nadzmi210 kerana bersama-sama menjayakan siri ini. Walaupun siri ini bukan produk yang agak popular dalam kalangan peminat anime di Malaysia, projek ini amat bermakna bagi kami.

Dalam masa 10 bulan siri ini terjemahkan, kami telah belajar banyak perkara dari segi pensarikataan. Terdapat bahasa yang sukar untuk diterjemah dan difahami, kamus, internet dan perbincangan bersama adalah solusi terbaik untuk menyiapkan terjemahan setiap episod, walaupun ianya agak lambat dari tarikh sebenar, kami berusaha sebaik mungkin mencari masa terluang.

Andai kata anda kurang berpuas hati dengan terjemahan siri “Gyakuten Saiban/Ace Attorney”, nyatakan di ruangan komen dan kami akan berusaha untuk terjemahan versi 2. Semoga ada projek bersama lagi pada masa akan datang…

ED : Nadzmi210 (S.N)

Yo. Fuhh, selesai sudah sarikata bagi siri Gyakuten Saiban ni. Secara personal boleh dikatakan anime ni agak berat utk disarikatakan. Nasib baiklah kita ada otai yang tak kenal erti penat lelah bertungkus lumus terjemah siri ni dari awal sampai habis.

Pasal tugas, rasanya tugas saya yang paling sikit, haha. Tapi, seronok dapat bekerjasama secara terus bersama Ct3. Berharap akan ada lagi kerjasama seperti ini pada masa akan datang.

Untuk yg menyokong kami, teruskan sokongan anda. Kami perlukan sokongan anda untuk kami terus berdiri dalam dunia sarikata ni. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan. Itu saja kot dari saya. ☺✌

Gdrive | MEGA (S.N Fansub)

DDL Page